Site Network: Personal | myJICA | perjasa | mba4ever



SAYA SUKA BLOK SAYA

posted by mba @ 12:02 AM, ,




MOOD


SEBENARNYA saya tidak ada mood untuk menulis dalam sehari ini. Banyak sebabnya. Tarikh mati (deadline) untuk buku saya yang seterusnya ialah 11 Nov. 2008. Ia telah berlalu, namun editor telah lanjutkan hingga ke hujung bulan ini. Masih ada beberapa hari lagi. Sekiranya mood ada, ia memang boleh disiapkan.

Masalahnya ialah mood.... Setiap kali saya masuk ke bilik bacaan untuk menulis, taip sahaja setengah ayat, mood hilang. Mengantuk datang. kaki-tangan kejang. Apa nak buat?. Bukupun melayang entah ke mana.

Hmmmm.... sepuluh hari yang akhir ini moga-moga mood datang dan buku tersebut boleh disiapkan.

Bagaimana dengan anda?. Adakah anda sentiasa mempunyai mood yang baik?.

Dalam dunia ini saya kenal hanya seorang sahaja yang sentiasa mempunyai mood. Beliau adalah rakan sekolah saya semasa di Alam Shah pada tahun 1970an dahulu. Nama beliau ialah Che Mood. Beliau kata memang dia sentiasa ada mood.

entah ke mana Che Mood sekarang....

posted by mba @ 8:18 AM, ,




KAYUHAN ANGGERIK



PADA 31 Oktober yang lepas, saya tiba agak awal untuk menghadiri Putrajaya Critical Mass. Ini adalah kerana langsung dari ofis ke lokasi kayuhan. Ramai sekali bertemu rakan-rakan Proton T-Bolt. Dalam kesibukan basikalis yang ramai ini, saya didekati oleh seorang veteran yang meminta nama dan nombor telefon. Beliau memperkenalkan diri sebagai Shahrudin daripada Shah Alam. Rupa-rupanya beliau bertanya beberapa orang di situ, bertanyakan siapakah ketua kumpulan Proton. Entah bagaimana mereka menuding kepada saya, dan sayalah yang menjadi "ketua" pada anggapan En. Shahrudin. Oh ya... En. Shahrudin, kini berusian 69 tahun dan masih aktif berbasikal. Beliau adalah pemenang pingat emas sukan SEAP (kini SEA) pada tahun 1962 (sebahagian besar basikalis pada malam itu belumpun lahir lagi).

En.Shahrudin berbaju kuning
Dipendekkan cerita, beliau menghubungi saya semula untuk mengadakan mesyuarat mengenai program berbasikal. Tujuh orang "ketua" telah dikenalpasti katanya. Saya menghantar Mr.Won sebagai wakil T-Bolt. Dari mesyuarat tersebutlah munculnya Kayuhan Anggerik.

Nama: Kayuhan Anggerik
Program: Critical Mass
Tempat: Dataran Shah Alam
Tarikh: 21.11.2008 (Jumaat)
Masa: 8.30pm
Jarak kayuhan: 20-25km (alternatif 12km)

Apakah Critical Mass?. Ia adalah program kayuhan basikal di seluruh dunia. Tujuannya untuk mewujudkan bandar yang mesra basikal. Maklumat terperinci mengenai Critical Mass boleh diperolehi di sini

Jadi, bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam (berjauhan juga boleh hadir), semua adalah dijemput hadir untuk sama-sama merai dan menjayakan Kayuhan Anggerik. Insyaallah saya dan kawan-kawan akan datang bagi meraikan jemputan daripada En. Shahrudin dan rakan-rakan beliau.



Setakat yang diketahui, di Malaysia sudah terdapat Critical Mass di Putrajaya, Shah Alam (21.11.08) dan Kuala Lumpur (akan datang).

Jumpa di sana!.

posted by mba @ 12:58 AM, ,




NORMAN HAKIM + MEMEY - ABBY ABADI = ?



SAYA tidak berhasrat langsung untuk menulis mengenai perkara ini pada asalnya. Tidak mahu ambil pot langsung kata orang sekarang. Namun isu ini telah menjadi-jadi.

1. Norman Hakim dan Memey ditangkap khalwat
2. Abby Abadi menyerang Norman di lokasi penggambaran
3. PDRM berpendapat Norman telah mencemarkan nama baik Polis
dan macam-macam lagi.

Masyarakat kita dihidangkan oleh wartawan kita dan oleh media kita mengenai rumahtangga orang. Itulah yang masyarakat kita suka. Itulah yang wartawan kita cari. Itulah yang boleh melariskan media kita. Salah siapa?.

Hari ini wartawan sama wartawan mempertahankan pekerjaan mereka melondeh dan membogelkan mereka untuk dipertontonkan ke khalayak ramai atas nama berita. Perkara sudah berlaku, mereka laporkan sahaja. Itu alasan mereka.

Namun, kembalilah kepada Islam. Ia melarang sama sekali mendedahkan aib orang lain. Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Wartawan tidak perlu bersusah payah untuk mendedah, melondeh dan membogelkan lagi keaiban ini.

Barangkali sudah tiba masanya bagi akhbar, radio dan TV di negara kita yang tercinta ini mendapat pengesahan "halal" ataupun "syariah compliance" sebelum tayangan. Berita-berita begini perlu masuk "cencor board" terlebih dahulu. Pihak berwajib perlu melulus atau mengharamkan apa yang patut, demi untuk pembangunan negara. Biar ia memberi faedah kepada semua generasi.

MBA - Semoga selepas ini akan keluar fatwa ataupun pendapat yang muktabar.

posted by mba @ 12:18 AM, ,




ANATOMI SEBUAH BASIKAL



Label/ Label Deskripsi/Description Label/Label Deskripsi/Description
1 Bar hendal/handle bar
2 Penukar gear/Shifter
3 Tuas brek/Brake lever
4 Kabel/Cable
5 Tiub kepala/Head tube
6 Sepit udang, semanggang/Fork
7 Kaliper brek cakera/Disc Brake Caliper
8 Cakera brek/Brake disc
9 Gelendong, buyong/Hub
10 Jejari/Spoke
11 Injap/Valve
12 Rakap/Pedal
13 Engkol/Crank
14 Gegancu/Chain ring
15 Rantai/Chain
16 Palang rantai/Chain stay
17 Gear belakang/Rear derailer
18 Kaset/Cog, Cassette
19 Roda/Rim
20 Tayar/Tire
21 Palang pelana/Seat stay
22 Brek-V/V-brake
23 Gear hadapan/Front derailer
24 Tiub pelana/Seat tube
25 Batang pelana/seat post
26 Pelana/Saddle
27 Ampaian belakang/Rear shock
28 Tiub atas/Top tube
29 Tiub bawah/Down tube
30 Set kepala/Head set
31 Stem/Stem

* Foto dan penerangan daripada http://kelolo.blogspot.com/2007/12/anatomi-sebuah-basikal-gunung.html

posted by mba @ 1:13 PM, ,




Web This Blog



Subscribe with Bloglines

update blogger

Gecko & Fly | Make Money Online | Blogger Templates | Internet Marketing |

Previous Posts

Archives

gmail | YahooMail | Malaysia.Net | JICA Alumni Malaysia | Ex-Participants' Directory | X-Okinawa | 10 Tahun di OIC | DP Manager 99 | BalaiIkhtisas | Armright | HAIKU | HAIKU2 | Haiku Melayu | Sastera Muzika | Palm Doc | H.Komputer | Megabait | In.Tech | Computuimes | Melaka Hotels| Belajar Bahasa Jepun | Projek Petaling Street | GEJU | YahooGroups | imageshack.us | photobucket | villagephoto | weblogimages |

Who links to me?

Tomodachi

Powered By

Powered by Blogger

make money online blogger templates

eXTReMe Tracker
Free counter and web stats